Superr Girll


her name VINA :(
Selasa, 11 Oktober 2011 | 5:07 PG | 0 Words

Hye...emm..nak cita apa erk kali nie.. btw, aku nak buat pengakuan yang sekarang aku hanya ada KAWAN RAPAT dan bukan KAWAN KARIB...it’s over... bye

4get about that,...so, aku nak cita sebuah lagi karya cerpen aku...hihihi... tidak ada dengan yang mati mahupun yang hidup... ilham dari video yang aku secara langsung tertengok....;aw rasa cerita yang bakal aku cerita nie macam tah pa pe or cara penulisan tak bagus, harap ditutup mulut anda yang wangi itu... J

Davina, nice name bagi seorang perempuan yang sudah tentu perfect dari atas hingga ke bawah...dia lah diva antara rakan-rakan.. peminat tidak terkata banyaknya tambah2 bagi kaum Adam...rupa paras menawan dan tidak sapa dapat ditandinginya... bersosial??? Sudah tentu.. family yang berketurunan dari orang berpolitik,...dan kaya raya...

Lebih senang dipanggil Vina or Princess dalam kalangan rakan dan keluarga... anak muda yang baru berusia 17 tahun...tinggal di kota metropolitan ini...(ehh,..asal aku asyik duk cita latar belakang banyak sangat???...haha..ok2 continue )

Vina sangat terkenal di sekolah...seorang pelajar pintar lagi cemerlang dalam kokurikulum menerusi permainan alat muzik violin...hatinya sudah dimiliki oleh seorang jejaka merangkap olahragawan kebanggan sekolah iaitu, Dian... pasangan yang sama padan, sama cantik... pastinya ramai yang cemburu akan hubungan mereka...

Vina juga seorang yang ceria, periang dan tidak pernah mengenal erti kesedihan... apa yang dia mahukan mesti dipenuhi... suatu hari, blog Vina telah diceroboh... dan angkara ini sudah tentunya berpunca daripada pihak yang berdendan dan cemburukannya...dan orang itu semestinya musuhnya yang juga standard seperti Vina, musuhnya itu sudah lama memasang niat untuk menjatuhkannya...

Pada cuti hujung minggu, Vina keluar date bersama Dian...sudah semestinya mereka keluar bermain bowling, snookers atau tengok wayang... ketawa riang sesama mereka mengeratkan lagi hubungan mereka yang terbina selama 3tahun itu...cinta yang memang tulus dari Dian dan juga Vina...

Tapi, kelamaan ada sesuatu takdir yang telah dirancang untuk Vina..takdir yang mungkin akan memusnahkan hidup dan kehidupannya... Vina telah terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan seluruh sarafnya tidak berfungsi... Vina tidak dapat bercakap malah cacat... dia bagaikan berubah menjadi orang lain... peragai yang bagaikan bayi yang baru lahir... dan.....sudah tentunya Dian amat terkejut dan terpukul dengan dugaan yang dia terima ini...perempuan yang dicintainya sudah cacat... apakah ini penghujung jalan percintaan mereka??? Sudah tentu tidak bagi Dian..walaupun Vina berubah menjadi lain dan cacat, tetapi hati Dian terhadap Vina tetap tidak berubah... Vina tidak sempat menduduki SPM dengan keadaannya yang begitu menyedihkan bagi Dian...

Dian telah melawat Vina buat kali pertamanya...dan apabila Dian memasuki bilik Vina,..terlihat board di dinding Vina dipenuhi dengan nota kata-kata semangat oleh rakan-rakannya..tidak tahulah Vina dapat memahami atau tidak... Dian menghampiri Vina...terasa bagai tidak percaya...tubuh yang lesu terlantar di atas katil... Vina yang melihat seorang lelaki yang datang padanya terkebil-kebil...sudah tentu dia tidak kenal siapa laki tu..dia hanya bergerak seperti bayi yang memanggil ibunya...

Dian terus mendekati wanita yang pernah mengbahagiakan hidupnya... Dian memegang erat tangan Vina,.. “vina,..nie Dian...Dian datang nak tengok Vina... Dian rindu gelak tawa dan peragai Vina... Vina tolonglah sembuh... kawan-kawan Dian cakap Dian gila still dengan Vina...Vina tolonglah.....” air mata Dian yang lama tidak keluar akhirnya jatuh jua... betapa sedihnya Dian melihat keadaan Vina yang jauh ketara dari dulu... air mata Vina tiba-tiba mengalir ke pipi gebunya,... Dian yang terkejut akan reaksi Vina terus memeluk Vina...agaknya Vina dah mula kenal siapa Dian...tapi Vina tidak dapat berkata apa-apa... “ Vina, Vina dapat dengar Dian ke??? Vina, nie Dian...Vina...!!”

Tangisan Dian dan Vina mengejutkan ibu bapa Vina...mereka terkejut akan reaksi Vina... “ Vina,Dian dah nak pulang, Dian tak boleh lama,...Dian akan stay di Singapore dengan mama Dian...Dian akan pergi Vina...Vina,..dihati Dian hanya ada Vina...selamat tinggal..” terlihat pegangan yang mahu dilepas oleh Dian tidak dilepas oleh Vina... Dian terpaksa lepaskan dengan segera kerana amat sedih dan tidak mahu menangis di depan Vina lagi... mama Vina terpaksa tenangkan Vina yang meronta-ronta denagn tangannya yang cacat itu... Vina telah kehilangan Dian...

Dan tahu lah Vina, yang hidupnya perlu diteruskan... Dian akan terus dikenang dihatinya..dan dihati Dian hanya ada satu nama yang amat dicintainya.... Davina Abdullah....

THE END...

COMMENT: so pengajaranya di sini ialah terima la sesorang itu seadanya...imagine la kan bila bf/gf you all yang cantik dan handsome tu tiba2 menjadi cacat dan tidak perfect lagi...adakah anda akan still menerima atau malu dan ingin tinggalkannya??? So, think about that..jangan suka kan seseorang itu hanya paras rupa because it doesn’t mean anything in ur relationship with her or him... J


-Past- | -New-